Rangkaian Minyak Pelincir Platinum Oil™

Minyak Pelincir Platinum Oil™ ini merupakan minyak pelincir yang dibangunkan di Amerika Syarikat (USA) menggunakan Teknologi Nano dan Teknologi Tanpa Geseran atau Zero Friction Technology (ZFT).

Platinum Oil™ : Fully Synthetic 5W-50 SM/CI-4 with ZFT

Minyak Pelincir/Enjin sesuai untuk kenderaan baru dengan Teknologi ZFT dan Teknologi Rawatan Keluli untuk penjagaan enjin yang maksimum.

Platinum Oil™ : Fully Synthetic 5W-40 SM/CI-4 with ZFT

Minyak Pelincir/Enjin sesuai untuk kenderaan baru dengan Teknologi ZFT dan Teknologi Rawatan Keluli yang akan memberikan lebih kelancaran semasa pemanduan.

Platinum Oil™ : Synthetic Gold 10W-40 SM/CI-4 with ZFT

Minyak Pelincir/Enjin sesuai untuk kenderaan baru bagi cc 1.3 ke bawah dengan Tknologi ZFT dan Teknologi Rawatan Keluli yang membuatkan pemanduan lebih yakin.

Platinum Oil™ : Semi Synthetic 10W-40 SM/CI-4 with ZFT

Minyak Pelincir/Enjin sesuai untuk mereka yang mahukan perbezaan pemanduan dan inginkan penjagaan enjin yang lebih berkesan serta meyakinkan pemanduan setiap kali pedal minyak ditekan.

Platinum Oil™ : Mineral Base 20W-50 SM/CI-4

Minyak Pelincir/Enjin sesuai untuk semua jenis kenderaan dan altenatif kepada rangkaian minyak pelincir dari sumber mineral sepenuhnya yang terdapat dipasaran. Ianya sesuai untuk enjin turbo dan supercharge.

Platinum Oil™ : Mineral Base 10W-30 SM/CI-4

Minyak Pelincir/Enjin sesuai untuk kenderaan kompak seperti Perodua Kancil yang akan memberikan kelainan semasa pemanduan dan juga menjimatkan nilai wang.

Platinum Oil™ : Metal Treatment "Zero Friction"

Minyak tambahan sesuai untuk semua jenis minyak pelincir. Bertujuan merawat kerosakan keluli yang terdapat di dalam enjin dengan Teknologi Tanpa Geseran (ZFT) yang terdapat di dalamnya.

Mr. Professor™ : Decarbonizer

Bertujuan menyahkarbon (Membuang Karbon) yang terbentuk pada Omboh (Piston) dan Injap (Valve) pada ruang pembakaran di dalam enjin. Menjadikan enjin anda seperti baru.

Thursday 14 July 2011

KENAPA ANDA PERLUKAN MINYAK PELINCIR PLATINUM OIL?

SOALAN 1
Berapa jeniskah Minyak Asas (Base Oil) untuk produk seperti Minyak Enjin, Minyak Gear dan Pelincir Transmisi Automatik?
Jawapan : Terdapat 3 jenis minyak asas (base oil) yang biasa digunakan di dalam produk di atas. Jenis tersebut ialah Fully Synthetic, Semi-Synthetic dan Mineral Base.

SOALAN 2
Apakah kelebihan menggunakan Minyak berasaskan Synthetic berbanding Minyak berasaskan Mineral?
Jawapan :
a) Kadar indeks kelikatan yang tinggi yang mana minyak berasaskan mineral tidak boleh dicapai.
    Contoh : 5W-30, 10W-40 digunakan pada Minyak berasaskan Semi-Synthetic. 5W-40, 5W-50,
    0W-30, 0W-40 dan 0W-50 digunakan pada minyak berasaskan Synthetic sepenuhnya.
b) Kaya dengan anti-oksida.     

Wednesday 13 July 2011

Teknologi Penghasilan Minyak Pelincir



TEKNOLOGI NANO : DEFINISI DAN PENGGUNAANNYA

Teknologi Nano

TEKNOLOGI NANO diiktiraf sebagai suatu penemuan paling maju pada abad ini. Penggunaan teknologi nano terbukti memberikan manfaat kepada manusia, khususnya dalam bidang perubatan, elektronik, kawalan alam sekitar dan bioteknologi. Teknologi nano juga membantu bagi pengenalpastian bahan pencemar melalui penggunaannya sebagai sensor elektronik dan sekali gus membangunkan teknologi pemulihan terhadap segmen alam sekitar.


Partikel nano boleh ditakrifkan sebagai partikel atau zarah pada skala nano, iaitu 10-9 m atau lebih dikenali sebagai nanometer (nm). Kebanyakan partikel nano adalah dalam lingkungan partikel yang bersaiz 1 hingga 100 nm. Perbandingan fizikal bahan bersaiz nano adalah seperti diameter rambut manusia, iaitu 70 000 nm, sel darah merah, iaitu pada lebar 5000 nm dan molekul organik ringkas pada julat 0.5 hingga 5 nm. Saiznya yang teramat kecil dan mempunyai jumlah luas permukaan yang besar adalah suatu ciri yang unik. Ini menjadikan partikel nano mempunyai ciri-ciri yang khas untuk digunakan dalam bidang tertentu.

Kelebihan Teknologi Nano di dalam Minyak Pelincir

KELEBIHAN Teknologi Nano yang digunakan di dalam Minyak Pelincir ini  adalah untuk membantu sistem pembakaran enjin yang lebih sempurna. Kesempurnaan pembakaran bahan api di dalam enjin dapat membantu pengguna menjimatkan penggunaan petrol serta menambah prestasi enjin setiap kali pedal minyak ditekan.

Di antara kelebihan Minyak Pelincir keluaran dan jenama Platinum Oil™ untuk Fully Synthetic, Platinum Synthetic dan Semi Synthetic adalah :

1.  Berkesan sehingga 15,000km sebelum penukaran minyak pelincir seterusnya.
2.  Memberi perlindungan enjin sehingga 5 kali ganda berbanding minyak pelincir biasa.
3.  Meningkatkan prestasi (pick-up) enjin sehingga 90%
4.  Enjin lebih mudah dihidupkan walaupun dalam cuaca sejuk.
5.  Manpu bertahan walaupun berada dalam suhu yang panas.

TEKNOLOGI TANPA GESERAN DI DALAM PLATINUM OIL™

Teknologi Tanpa Geseran (ZFT)

TEKNOLOGI Tanpa Geseran  merupakan teknologi yang telah dipatenkan yang mana 'zarah-zarah micro' di dalam minyak ini bertindak untuk mengisi permukaan plat logam atau keluli yang tidak sempurna seterusnya menjadikannya mengandungi sifat-sifat extra-ordinari untuk pelinciran.

Kebiasaannya, bagi mana-mana logam yang bersentuhan antara satu sama lain (seperti di dalam enjin, kotak gear atau bearing) akan mengalami kehausan permukaan yang disebabkan oleh geseran.

Kehausan permukaan yang disebabkan oleh geseran ini terdapat pada permukaan logam, enjin atau peralatan yang bersentuhan. Keadaan ini menyebabkan lebih banyak tenaga diperlukan untuk melancar dan memastikan peralatan tersebut berjalan atau berfungsi dengan lancar.

Dengan penambahan Teknologi Tanpa Geseran (ZFT) di dalam Minyak Pelincir Platinum Oil™ ini secara tidak langsung memberi satu lapisan perlindungan dan seterusnya mengisi ruang-ruang yang bermasalah pada peralatan dan enjin. Dengan bantuan Teknologi Tanpa Geseran (ZFT) ini, ia menjadikan enjin atau peralatan berfungsi dengan lancar dan ininya bertindak untuk memperbaiki permukaan luar dan dalam.

Kongsi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More